Wednesday, February 11, 2009

puisi cinta

cintamu umpama asap bas
berkepul-kepul naik di udara
umpama bunga mekar setaman
ia memberi warning padaku
cinta ini hanya sementara
umpama asap bas mini kontot
ia akan hilang begitu sahaja
dibawa dek angin nan lalu......

kini, baru ku mengerti
cinta sesama manusia tidak kemana
ia sekadar omong-omong kosong
cinta sebenar cinta sejati
lahir dari hati nan satu
cintailah cinta yang satu
cinta Yang Maha Esa

Sunday, February 8, 2009

puisi

assalamualaikum..
kawan2 yang xde lg puisi u d analisis blh la kalu nk gak...
selamat menginterpretasi....

Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

tahi lalat

Siapa yang tiada tahi lalat..?
Rasanya semua ada walau dimana sahaja pada anggota badan..Samada terang-terangan atau tersembunyi..., apa kata sambil-sambil tu kita jenguk dahulu apa makna yang tersirat disebalik tahi lalat sendiri..Tapi jangan la pula kata tahi lalat dapat menilik nasib!!..sekadar pengetahuan saje..
1. Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun - kurang jujur
4. Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan - cergas dan cekap
6. Di kening kiri - cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan - baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri - ramai yang suka
13. Di pipi kanan - ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
16. Pada hidung - banyak rezeki
17. Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri - cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan - cermat dalam mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
33. Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan - menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
55. Betis kanan - suka berpoya, boros
56. Betis kiri - tidak suka menganggur
57. Tumit kanan - jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri - baik budi
59. Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
61. Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri - kurang berusaha

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN



Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah yg. mendatangkan keburukan kepada kita. perkara yang jangan dilakukan ialah:


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s. w. t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s. w. t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s. w. t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s. w. t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s. w. t itu lebih mengetahui

Saturday, February 7, 2009



Membina peribadi itu
lebih sukar dari membina bangunan
asas tegaknya paksi
atas goncangan kelilingan
kota diri yang kita bina semalam
hari ini mungkin musnah di kaki
hingga kita begitu sukar
mengenali peribadi sendiri.

semangat sikit



Pahlawan sejati
dalam hatinya bernyanyi
tanah air dan bangsa
di mana terpaut cinta mulia
untukmu darah ini mengalir
padanya jasad ini cair.

Walaupun diri telah berpisah
sekian lama telah pergi
menemani Tuhan Rabbul Izzati
Dah hancur badanmu dikandung tanah
tetapi kamu tetap dikenangi jadi pujaan segenap hati