Sunday, April 19, 2009

Wednesday, March 25, 2009

stilistik N tesisssss

aslmkm....
mesti kengkawan sekrg byk mengeluh..maklumlah ms dah dekat nk abis ni tp kije xsiap2 jgk...sm la dgn sy pun...huhu.

jd sebagai seorang sarjana maulana kita kene la byk sabarrrr.sebenarnya sabar ni banyak hikmahnye...takpe susah skt je skrang nt ni senang la...

ANTARA SABAR DAN MENGELUH
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Antara Ciri-ciri Isteri Terbaik

1.Sifat yg lemah lembut tetapi tegas.
2.Berperibadi yg mulia. Akhlak yg baik dan sentiasa senyum.
3.Sentiasa lembut hati. Senang berubah. Senang ditegur.
4.Pemurah dlm segala hal. Senyum, tenang dan lain-lain.
5.Bercakap bahasa yg baik sahaja dan menyenangkan hati org lain terutama sekali hati suami.
6.Bertenaga dan bersemangat.
7.Pandai mendengar.
8.Jaga image diri.

Ps:time ni duk tgk ctr ally...tajuk kahwin byk...aduuu

Thursday, March 19, 2009

Wednesday, February 11, 2009

puisi cinta

cintamu umpama asap bas
berkepul-kepul naik di udara
umpama bunga mekar setaman
ia memberi warning padaku
cinta ini hanya sementara
umpama asap bas mini kontot
ia akan hilang begitu sahaja
dibawa dek angin nan lalu......

kini, baru ku mengerti
cinta sesama manusia tidak kemana
ia sekadar omong-omong kosong
cinta sebenar cinta sejati
lahir dari hati nan satu
cintailah cinta yang satu
cinta Yang Maha Esa